Aku rasa sungguh sedih.
Macam nak mati pon ada.
Huhu...kenapakah begini sekali ujian Tuhan padaku??
Apa salah ku?? Aku tak berguna...tidak berguna...
[Malamnya...yang tak tersangka]
Ermm...eh, secret recipilah. Macam best. Mmm...lupekan kejap lah probs aku...baik aku gi beli secret recipe yg best dashat giler ni. Promo plaks. Beli satu, free satu..best!!
Kat mana eh?? aaa...Sogo. Bleh ar..
-----------
[Esoknya]
Mak aih..kemain panjang nye line. Sabo2...
(selepas lebih kurang 2 jam)
Alamak bang, dah abes ke??
Bagi saya satu bang (dapat free kan??)
Yeah...berjaya. 2 biji kek :)
------------
Aku balik hostel, aku call sume kawan2 bagitau aku jual kek secret recipi. Tak dan, aku potong-potong kek tu, aku jual dari bilik ke bilik. Lohh...ada lagi?? Aku gi cafetaria, aku jual kat situ...
Alhamdulillah, laku..
Esoknya, aku pergi jumpe Kak Lina (PERNIM) yang menjaga anak-anak mangsa HIV. Duit hasil jualan kek tu, aku serahkan pada kak Lina..

Aku duduk sendiri. Memikir apa yang telah aku lalui. Benar, aku mendapat sebuah bahagia. Bukan mudah untuk aku lawan segala masalah yang datang, tapi berkat sabar aku telah berjaya. Minda kini positif. Segala kekusutan telah terlerai.
Aku bahagia. Dalam kegelisahan, aku telah membantu mereka yang memerlukan.
Aku sangat percaya, apabila kita membantu umat lain dengan urusan mereka, Allah akan membantu kita pula. Terima Kasih Allah :)
Bismillahirrohmanirrohim..
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya. Dan ia juga akan menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"
(al baqarah 286)
----------------
Kisah di atas adalah benar. Kisah seorang teman yang telah diolah 'sedikit' untuk dijadikan teladan kita bersama.
2 comments:
kisah teman? bukan kisah along? menjual kek secara tak sengaja. hebat tu!
salam ukhwah kak :)
benarlah kata ustaz hasrizal tuan tanah saifulislam.com "erti hidup pada memberi"
dan dari situ, kebahagiaan yg kita dapat kecapi, insyaAllah..
sy pn ada cita2 mcm ni kak!
doaka ya! :)
Post a Comment